Khamis, 28 Mei 2009

Kek Coklat - teacher's day Danish Harith (29/05/09)

Hari ni jugak ada sambutan hari guru kat sekolah tadika PASTI - Danish Harith nak bawak kek besar untuk cikgu2nyer dia x nak kek kecik, so dlm pikir2 nak deco apa maka teringat masa ziarah blog Nina (http://zahurinina.fotopages.com/) terberkenan dekat kek nina (mmg cantik2 semua kek Nina ni) gambar Ana Muslim ni.....so try la lukis menggigil tangan ni maklumlah first time lukis atas kek ni....Alhamdulillah berjaya jugak walaupun tak kemas....hehehe...dan..........kalau perasan gambar ni ada kekurangannyer....luper la pulak nak lukis keningnyer....hehehehe...maklumlah kelam kabut sikit masa deco tu....harith bising sbb dia dah lambat nak g sekolah. Nak ambil kesempatan sempena last day bulan sambutan Hari guru ni nak ucap "Selamat Hari Guru" pada semua cikgu saya masa sekolah dulu, cikgu yg mengajar saya buat kek, biskut, roti, coklat, decoration kek (Chef Faizal Ng-sajian chef/ Puan Noraini-aniz baking centre/ Kak Ayu Liana-Loveliana/ kak Ida-Ida bakery/ Chef Eugene-Bagus/ Ms. Wendy -Bs Bakery) - terima kasih atas tunjuk ajar semua. Untuk cikgu2 sekolah & anak2 muridnyer "selamat bercuti"

CC teacher's day - Dalila

CC untuk Sambutan Hari Guru di Sekolah Perempuan Raja Zarina Port Klang (29/05/09), Dalila mintak buatkan cc ni untuk guru2nyer. "Selamat Hari Guru untuk semua cikgu & terima kasih atas didikan cikgu".

CC Coklat - Mama Jem

Kapkek coklat ni Mama Jem (anak2 panggil myfriend sorang ni Mama Jem/mama) order 100 biji untuk kenduri. Tq yer mama.

Rabu, 27 Mei 2009

ROTI LAGIIIIIII.........

Roti lagiiiiiiiii......hehehe...roti 30 biji utk anta kedai & 40 biji lg tu opismet order untk bekpes pagi ni....ada roti sardine, kelapa, kacang merah, kaya pandan, butter cream & sosej. Tq Ruby, Shabib, Sue, Eton, Lyn, Nora, Chua, Anis & Hajar.

CC TEACHER'S DAY - UJIE

CC Teacher's day ni, mama order untuk kawanyer Ujie. Tq yer Ujie & mama.

ROTI



Bestnyer roti hehehe...mari makan roti, roti kelapa (inti putih), roti sardine & roti kacang merah.

Selasa, 26 Mei 2009

CMC & cmc kapkek

CMC ni buat untuk teacher Lim (Ms.Lim yg tiap2 minggu dtg umah ajar anak2 tusyen) tq Ms.Lim & satu lg untuk cikgu Ila "selamat hari guru". CMC yg besar tu & kapkek tu buat untuk anak2 yatim minum petang kat Asrama Damai Kuang, kebetulan balik kampung hubby kat Kuang & singgah la kejap. "semoga anak2 kat situ menjadi anak2 yg berjaya & sentiasa di lindungi Allah" Amin.

cc teacher's day (tak habis lagi sampai 29/5 lepas tu baru close) - Haikal

Ni cc untuk sambutan hari guru (masih belum habis lg sambutan hari guru ni) kat sekolah agama - Haikal bawa utk diberi pada ustazahnyer.

CC teacher's day - Adam / Tehah / Ati


Salam, CC untuk teacher's day Mama (bwh) & Liza (atas) order untuk anak2nyer bg pada guru disekolah masing2....thanks yer Mama & Liza.

Khamis, 21 Mei 2009

Roti pandan, sardine & kelapa

Terlebih rajin hehehe...buat roti2 ni untuk makan & yang dah bungkus untuk hantar ke kedai.

Chocolate btrcake wt ganche/btrcrm - Dalila

Kek ni student form 2RK (Racangan Khas) Dalila & teman2 sekelasnyer yang order untuk guru kelas mereka yang tersayang Puan Norziah - "Selamat Hari Guru untuk Puan Norziah"

Selasa, 19 Mei 2009

Ni cc cmc untuk Teacher's Day, Haikal bawa ke SK Methodist Pklg untuk diberikan pada gurunyer.

Chilled cheese with oreo - birthday Dalila kat umah


Cheese oreo ni buat special utk birthday Dalila, ni utk celebrate anak beranak kat umah je, puashati la Dalila tu dpt cheese+oreo kek (ala2 aiskrim mc flurry oreo..hehehe)."semoga panjang umur & jadi anak yg solehah" amin.

Jumaat, 15 Mei 2009

Happy Birthday Dalila - 15 May & main2 dgnbtrcrm






Bagi peluang kat anak2 deco kek comel ikut suka memasing, sbb ada lebih kek comel buat untuk Dalila nak bawak sekolah celebrate birthday hari ni dgn kawan2. Dalila mintak nak deco sendiri kek comel tu, so layan la deco anak2 ni, ada bakat mendeko rupanyer anak ibu dalila ni nntboleh la tolong2kan?....hemm yg 2 org adiknyer tu pun teringin jugak so layan jer lah...hehehe. "Selamat Hari Jadi Dalila, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan jadi anak yang solehah" amin..

Sayuran pasu tepi rumah





kali ni ubah sikit pemandangan dgn sayuran hijau, sedap mata memandang ni baik utk mata hehehe....sayur2 ni tanam kat tepi umah boleh jimat kos nak makan petik je kacang panjang, kailan, daun kari, pegaga, kangkung, pucuk paku, daun selom, daun kesom, kucai (dah kene potong wat goreng mee semalam) & tembikai. Alhamdulillah rezeki Allah.

Khamis, 14 Mei 2009

CC choc,pandan+vanila for Teacher's day 16 May


Salam semua, sekarang ni demam cc untuk teacher's day yg akan datang 16 May (Saturday) ni ada sekolah sambut awal 15 May 16 May jatuh hari Sabtu, CC ni order by opismet Annie & Sue untuk anak2 bg pada cikgu, Annie order lebih 2 set untuk mother's day & 3 set untuk anak2 makan. Thanks yer Annie & Sue.

Rabu, 13 Mei 2009

Orange btrcake lapis cheese - Liza/Pian


Liza my cousin, nak orange buttercake lapis dgn cheese & berbentuk sebiji burger. Kek ni untuk birthday Suaminyer yg tersayang Sufian. Malam ni celebrate makan kek burger & jgn lupe order original burger kat kedai burger kita hehehee....."Selamat hari jadi, semoga panjang umur & murah rezeki". Thanks ye Liza.

Selasa, 12 Mei 2009

Cheese cake - blueberry+coklat kacang karamel (irthday Hubby Tersayang)







Buat cheese cake ni untuk birthday Hubby tercinta, ni betul2 cheese cake ikut selera tekak sendiri nak rasa blueberry, nak rasa coklat kacang karamel....ni la jadinyer puashati. Celebrate kat D'selat Port Klang. "Selamat hari jadi Abang, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & diberkati Allah". Amin...

Isnin, 11 Mei 2009

Kek Suji Badam - Hani

Hani (Maybank) repeat order kek Suji ni nak lebih butter - so kek ni jadi agak lembap ikut citarasa customer. Thanks yer Hani.

CC - mother's day Liza


Liza order CC cmc with btrcrm ni untuk Hari Ibu. Terima kasih Liza & Selamat Hari Ibu.

CC Mother's day - sue

CC cmc ni Sue my officemate order untuk Hari Ibu. Terima kasih yer Sue & Selamat Hari Ibu.

Khamis, 7 Mei 2009

Orange Buttercake wt Ganache - Sweet Dalila







Kek ni buat khas untuk kawan2 kepada Sweet Dalila ( pd ibu & ayah la ). Terima kasih ye Naja, Iman & Nurin coz dtg tolong masa birthday adik Harith tu & to Iman Aishah "Happy birthday semoga jadi anak yang solehah".

Annie - Buttercake Marble

Annie my officemate order Marble Buttercake ni, hemmm...kalau sedap order lagi ye Annie. Thanks Annie.

Hani - Pelangi Butter Cake


Repeat order dari Hani untuk kawannyer kek mentega pelangi, terima kasih yer Hani.

Chilled cheese cake with pitted cherry

Kawan hubby order ciskek ni untuk makan2. Thanks ye.

Butter Cake marble & orange

Butter cake marble & orange utk opismet ( Wawa, Chua & Mr. Ling ). Thanks ye

Selasa, 5 Mei 2009

Kek suji badam & oren - Hani


Kawan2 Hani order 2 kek oren & 1 kek suji badam & 1 kek suji badam kecil tu untuk Hani. Thanks ye Hani & kawan2nyer kat Maybank Pklg.